Sports Team and League Websites
Home - Sports Team Websites Free Sports Team Websites Questions?
Contact Us
Live Chat
 
selangorarmsport
Trial Period Expiration OR Inactivity Alert
Your TRIAL PERIOD has ended OR your site has been flagged as inactive. You have to do one of the following to keep your site from getting deleted. You site may be deleted any time after 2 weeks from trial period end date if no action is taken. (i.e., 4 weeks from creation date)
  • Please Subscribe to package from Site Administration page to avoid website getting deleted.Contact support with a request to set your website to FREE package, if you prefer to have a FREE package website.

    If you have already subscribed, please visit Site Adminsitration page and click on "Apply Premium Setting to this website" button. Please contact Support if you have any questions OR need help.


Why is our website showing this message?

LAMAN WEB PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

Terkini

Acara Gusti Lengan 5 sepasukan diperkenalkan

Siapa yang tidak gusti lengan. Walau pun belum diangkat sebagai acara sukan rasmi dipelbagai pertandingan sukan baik di peringkat sukan sekolah-sekolah, Instutsi Pengajian Tinggi mahu pun di peringkat Sukan Malaysia (SUKMA), ia bukan lah satu acara sukan yang asing bagi rakyat Malaysia. Tanpa sedar, pelbagai lapisan masyarakat telah merancakkan aktiviti gusti lengan dengan mengadakan pertandingan ini secara kecilan samada di pesta sukan organisasi masing-masing mahu pun dijadi acara di pesta hari keluarga.

Memandangkan sambutan yang amat positif ini, Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengorak langkah dengan memperkenalkan pula acara Gusti Lengan 5 Sepasukan. Kalau dahulunya acara gusti lengan sering diadakan secara individu yang bertandingan dalam pelbagai kategori, kini acara Gusti Lengan 5 Sepasukan pula diperkenalkan iaitu 5 Sepasukan Lelaki, 5 Sepasukan Wanita dan 5 Sepasukan Campuran. Setiap pasukan akan diwakili oleh lima orang pemain yang bertanding dalam kategori-kategori masing-masing mengikut berat badan iaitu, untuk Acara 5 Sepasukan Lelaki ialah 85kg ke atas, 75kg ke 85kg, 65kg ke 75kg (L), 55kg ke 65kg dan 55kg ke bawah. Acara 5 sepasukan Wanita pula adalah 70kg ke atas, 65kg ke 70kg, 60kg ke 65kg, 55kg ke 60kg dan 55kg ke bawah. Kategori wanita pula melibat kategori 80kg ke atas (L), 65kg ke 80kg (L), 65kg ke bawah (L), 65kg ke atas (W) dan 65kg ke bawah (W).

Menurut Presiden PSLNS, Ab Aziz Ali, tujuan pihak persatuan memperkenalkan Acara 5 sepasukan ini adalah bertujuan untuk menjadikan gusti lengan satu acara sukan yang dipertandingkan secara lebih serius dan bukan lagi dianggap sebagai acara sukan waktu lapang sahaja. Sudah tiba masanya gusti lengan ini dipertandingan sebagai satu acara sukan seperti bola sepak, badminton dan lain-lain acara sukan yang lain. Langkah ini akan membolehkan lebih banyak kelab-kelab sukan menghantar penyertaan untuk kejohanan anjuran pihak Persatuan. Pihak persatuan bersedia untuk membantu mana-mana pihak atau organisasi yang ingin mengadakan acara sukan ini baik secara 5 Sepasukan mahupun secara individu. Pertandingan gusti lengan yang dikendalikan oleh pihak PSLNS adalah mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh badan dunia sukan lengan iaitu World Armsport Federation.

Sementara itu, bagi memudahkan peminat gusti lengan memahami teknik, peraturan dan tatacara gusti lengan, pihak persatuan sedang dalam proses mengeluarkan buku panduan dan peraturan perlawanan gusti lengan didalam Bahasa Malaysia untuk digunapakai untuk pertandingan tempatan. Buku yang yang dikeluarkan itu disediakan berdasarkan kepada dokumen asal WAF didalam bahasa Inggeris.

Sebagai permulaan, pihak Persatuan berkerjasama dengan pihak Sekreteriat Pesta Sukan Konvokesyen ke 36 Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjur Pertandingan Gusti Lengan Pesta Sukan Konvokesyen Ke 36 UKM yang akan diadakan pada 19 & 20 Julai 2008 di UKM Bangi, Selangor. Ianya akan mempertandingan Acara 5 Sepasukan Campuran Terbuka dan IPT. Hadiah-hadiah bernilai RM1750 menanti para pemenang.

Maklumat lanjutan pertandingan ini boleh diperolehi di Pertandingan Gusti lengan Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM. Pendaftaran untuk pertandingan ini boleh dibuat secara online, di laman web berkenaan. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 7hb Julai 2008.

 

 

 

**************************



Untuk melihat gambar-gambar kejohanan sukan lengan sila klik disini/Pictures of armsport in Malaysia

Gambar Sukan Lengan /Armsport Pictures

Visitors


Home - Privacy Policy - Terms of Service - Contact Us - Help
©TeamLobby.com. All Rights Reserved.